Gunung 7 merupakan satu dari tujuh gunung yang mengelilingi sebuah danau nan indah iaitu Danau Gunung 7. Barangkali penamaan Gunung 7 ini kerana ada 7 puncak iaitu Gunung Hulu Tebo (2.525 mdpl), Gunung Hulu Sangir (2.330 mdpl), Gunung Mandura Besi (2.418 mdpl), Gunung Lumut (2.350mdpl), Gunung Selasih (2.230 mdpl), Gunung Jar Panggang (2.469 mdpl) dan Gunung Tujuh (2.732 mdpl) yang puncaknya paling tinggi. Gunung Tujuh ini terletak di kawasan Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS). Kebetulan kami juga bertujuh, aku dan Neny pernah bergurau untuk membahagikan antara kami seorang 1 gunung. Kami hanya perlu mendaki setinggi kira-kira 1300 meter lagi untuk sampai ke puncak Gunung 7 kerana starting pointnya sudah berada pada ketinggian kira-kira 1500 meter.
20 Oktober 2013
Selalunya, pendaki yang mendaki Gunung 7 adalah untuk ke Danau Gunung 7. Gunung 7 terletak di Desa Pelompek Kecamatan Kayu Aro Kabupaten Kerinci Provinsi Jambi. Desa Palompek terletak kira-kira 10 km dari Desa Kersik Tuo, tempat guesthouse yang kami diami. Kami tiba di pos Jagawana yang menjadi starting point pendakian hampir jam 9.30 pagi. Selepas bergambar kenangan, kami memulakan pendakian dengan melepasi pintu gerbang yang menjadi mercu tanda Gunung 7. Pak Phili turut sama mendaki. Kami turut menggunakan perkhidmatan Mas Kimong yang menjadi guide dan membawa lunch box untuk makan tengah hari di tepi danau serta snack dan ubat-ubatan sebagai bekalan sepanjang pendakian kami nanti. Sebelum mendaki kami sudah dibekalkan dengan 2 botol air mineral. Perkhidmatan Mas Kimong kami bayar dengan harga Rp300000 per person, iaitu kira-kira RM90. Cuaca tidaklah panas dan langit juga terlihat cerah, syukur hujan tidak lagi turun saat kami memulakan pendakian. Pendek kata cuaca sangat sempurna pada permulaan pendakian kami.
Dengan lafaz Bismillah, perjalanan kami mulakan.
Trek pendakian pada awalnya memang landai, melepasi kebun-kebun sayuran milik penduduk kampung. Kebanyakannya kebun kobis, tetapi ada juga kebun ubi keledek yang ditanam pokok kayu manis di celah-celahnya.
Nun di hujung sana sudah terlihat kebun kobis
Pokok kayu manis berdaun jingga-merah jambu. Ubi keledek menjalar subur di bawah.
Melihat kayu manis dengan lebih dekat.
Trek berbatu, seperti kawasan air terjun.
Menuju ke kawasan lapang. Pak Phili mengepalai rombongan.
Menuju ke kawasan lapang. Pak Phili mengepalai rombongan.
Hampir 15 minit perjalanan dihiasi dengan hilai tawa dan sembang-sembang antara kami. Aku di belakang sekali sebelum Mas Kimong, sengaja mahu merakam foto-foto semasa pendakian. Selalu aku ketinggalan dengan apa yang mereka bincangkan di hadapan. Kami berhenti di satu kawasan yang kelihatan seperti tempat dilenjan gajah. Pak Phili mengarahkan kami untuk tunggu sebentar menanti Mas Kimong untuk mengesahkan adakah itu kesan tinggalan gajah liar. Kalau betul kami perlu berhati-hati. Tapi ternyata kata Mas Kimong itu adalah kesan kerbau liar.
Menekuni kesan peninggalan kerbau liar.
Mas Kimong tertinggal jauh di belakang.
Pada suatu kawasan lainnya pula, kami menemui tembok peninggalan yang dibina oleh pemerintah Indonesia sebelum revolusi Indonesia berlaku. Kata Pak Phili, semasa revolusi tercetus, penduduk tempatan membakar tembok ini sebagai menunjuk perasaan membangkang tindakan pemerintah yang mahu mengkomersialkan kawasan ini. Penduduk tempatan mahu kawasan ini terpelihara keasliannya dengan udara dan persekitaran semulajadi. Betul juga pendapat penduduk kampung kerana kalau dikomersialkan pastilah kawasan ini akan tercemar dan tidak lagi asli, bayaran juga pasti dikenakan kepada pendaki-pendaki. Macam biasalah, mesti ada golongan yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Tapi tindakan penduduk kampung yang membakar tembok ini agak ekstrim, mungkin kerana mereka tidak ada pilihan lain lagi demi mempertahankannya.
Tembok yang dikatakan dibakar oleh penduduk kampung.
Pokok kayu manis di celahan kebun kobis
Ada sungai di sebelah kiri trek, mengalir deras kalau hujan turun.
Langit yang cerah memayungi langkah kami.
Trek berbatu. Kalau hujan air turun melalui celah-celah batu seperti air terjun mini.
Pokok kayu manis di celahan kebun kobis
Ada sungai di sebelah kiri trek, mengalir deras kalau hujan turun.
Langit yang cerah memayungi langkah kami.
Trek berbatu. Kalau hujan air turun melalui celah-celah batu seperti air terjun mini.
Okay, jom layan gambar-gambar best semasa pendakian. [lagi gambar ketik sini]
Kebun kobis yang tersusun rapi. Sangat subur. Kelopak bahagian luar akan semulajadi gugur, kobis muda di tengah yang akan dituai.
Sahabat semasa susah dan senang. (background lagu Untukmu Teman Brothers)
Bila melepasi kawasan kebun kobis maksudnya trek akan menanjak kira-kira 40 darjah hingga ke puncak.
Pak Phili panjat gunung sambil belek henpon.
Mas Kimong bawak lunchbox. Kata Mas Kimong hampir setiap hari dia akan naik ke Gunung 7 membawa pendaki.
Trek berakar, jadi anak tangga.
Jauh lagi perjalanan.
Ok aku dah sempuuutt.
Udara berkabus.
Semakin berkabus, maknanya sudah makin hampir ke puncak.
Hujan. Masing-masing sarung panco yang Pak Phili bagi.
Akhirnya...sampai jugak ke puncak selepas hampir 3 jam pendakian dengan jarak lebih kurang 3 km. Hujan pun sudah lama berhenti. Berehat sekejap di sini sebelum turun pula ke Danau Gunung 7. Alhamdulillah, kami telah menawan Gunung 7. Yeay!!
Buat simbol R4BIA. Bukan simbol kawin 4 tau!
Bersambung...
No comments:
Post a Comment