20 Oktober 2013
Inilah hari yang ditunggu-tunggu. Aktiviti kemuncak trip kali ini, semua orang tak sabar nak mendaki Gunung 7. Jam 5.30 pagi aku dah terjaga dari tidur-tidur ayam dek alarm ipad Maria, tapi masih bergolek-golek di bawah selimut sebab rasa sejuk yang teramatlah sangat. Dengan kemalasan maksimum aku bangkitkan juga tubuh badan untuk menghambakan diri kepada Yang Esa. Usai Subuh aku terus bersiap-siap memakai pakaian untuk mendaki gunung. Rupa-rupanya di luar sana hujan sedang turun mencurah-curah, boleh tahan lebatnya. Waduh gimana ni, takkan nak cancel plan naik gunung. Dalam hati memang agak down, tapi aku cuba berserah saja pada Allah, semua ketentuanNya ada hikmah. Lagipun jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi. Rencananya kami akan bertolak ke kaki Gunung 7 jam 8 pagi. Pasti waktu itu hujan sudah berhenti kerana walaupun hujan langit terlihat cerah. Aku keluar bilik, nampak Neny dan Shila yang menghuni bilik sebelah sedang mengintai ke luar guesthouse melalui cermin tingkap yang dipasang langsir. Aku menyertai mereka, ternyata pemandangan di luar sana sangatlah memukau. Ladang Teh Kayu Aro terhampar luas saujana mata memandang dengan Gunung Kerinci berdiri gagah di hujung sana diselubungi kabus tebal. Rintik-rintik hujan yang turun menambahkan lagi kelembapan udara, menjadikan pemandangan ladang teh lebih cantik. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi, cuaca di luar sudah terang seperti jam 7.30 pagi di Malaysia kerana waktu di sini lewat sejam daripada waktu di Malaysia. Aku tidak sabar untuk keluar, lalu mengajak Neny, Shila dan Maria untuk keluar dan bergambar. Awal pagi tadi sewaktu kami baru sampai kami tidaklah terlihat pemandangan sedemikian sebab sudah gelap.

Perkebunan Teh Kayu Aro, Gunung Kerinci diselimuti kabus tebal.
Gunung Kerinci jelas kelihatan jika cuaca cerah dan tidak berkabus. [sumber].
Kawasan sekitar guesthouse.
Kedai menjual peralatan pendakian, selipar, dan keperluan lain.
Kawasan sekitar guesthouse.
Kedai menjual peralatan pendakian, selipar, dan keperluan lain.
Jalan yang akan dilalui untuk ke kaki Gunung Kerinci.
Tugu Macan yang menjadi landmark untuk ke Gunung Kerinci. Macan bermaksud harimau.
Selepas mengambil gambar dan berposing sakan di hadapan guesthouse dan ladang teh, kami dipanggil masuk oleh Pak Phili untuk bersarapan pagi bersama. Sarapan kali ini berupa nasi goreng telur dadar berulam keropok. Sarapan pagi ini tidak termasuk dalam pakej Gunung 7. Begitu juga dengan makan malam nanti.
Minum teh o panas tanpa gula dulu untuk memanaskan badan.
Nasi goreng yang simple tapi sedap.
Selesai mengisi perut, Pak Phili mengajak kami melewati kawasan Perkebunan Teh Kayu Aro di bahagian kiri kalau mengadap Gunung Kerinci. Kawasannya lebih luas di sebelah sana.
Saujana mata memandang.. [lagi gambar ketik sini]
Perkampungan yang padat. Kebanyakan penduduk kampung bekerja sebagai petani dan pemetik teh.
Sedikit info tentang Perkebunan Teh Kayu Aro. Ladang (locally dipanggil kebun) teh ini dibuka pada 1925-1928 oleh Perusahaan Belanda iaitu HVA (Namlodse Venotchaaf Handle Veriniging Amsterdam). Penanaman pertama dimulai pada tahun 1929 dan Pabrik(Kilang) Teh didirikan tahun 1932. Sejak dibuka, teh yang dihasilkan adalah jenis Teh Hitam (Ortodox), iaitu teh yang paling berkualiti tinggi.
Pada tahun 1959, melalui PP No. 19 (Peraturan Pemerintah No.19) Tahun 1959 tentang "Penentuan Perusahaan Pertanian/Perkebunan milik Belanda yang dikenakan Nasionalisasi", ladang teh Kayu Aro diambil alih Pemerintah Republik Indonesia. Sejak itu berturut-turut Kebun Kayu Aro mengalami perubahan Status/Organisasi dan pengurusan sesuai dengan keadaan yang berlaku. Sekarang ia diusahakan oleh Syarikat PT Perkebunan Nusantara VI (Persero) iaitu sebuah organisasi milik Republik Indonesia. Istimewanya, ladang teh ini merupakan ladang teh tertua di Indonesia dan kedua terbesar dan tertinggi di dunia selepas Ladang Teh Darjeeling di India. Ia memiliki keluasan kira-kira 2500 hektar pada ketinggian 1600 meter dpl. Proses pengelolaan daun teh di Perkebunan Teh Kayu Aro hingga kini masih menggunakan cara konvensional. Serbuk-serbuk teh tidak menggunakan bahan pengawet atau bahan pewarna tambahan. Bahkan, untuk menjaga kualitas teh hitam terbaik, pekerja dilarang untuk menggunakan kosmetik ketika mengolah teh. Cita rasa dan aroma teh ortodox yang dihasilkan di perkebunan ini berkualitas di dunia, jadi tidak hairan jika teh kayu aro menjadi teh kegemaran Ratu Inggeris dan Ratu Belanda pada masa dahulu. Menurut Pak Phili, teh disini dieksport mentah ke luar negara sehingga ke Eropah tanpa dijenamakan. Sebab itulah kita tidak pernah jumpa teh di pasaran keluaran Kayu Aro, padahal ia sangatlah terkenal.
Kami pulang semula ke guesthouse setelah bergambar kenangan berlatar belakangkan ladang teh. Udara sangatlah sejuk hingga asap nipis keluar dari mulut kalau bercakap. Kami bermain tiup-tiup untuk mengeluarkan asap dari mulut, seronok lihat ada asap yang keluar. Pak Phili membekalkan kami dengan baju hujan (yang mereka panggil panco) takut-takut kalau hujan semasa di gunung nanti. Lebih kurang jam 9 pagi kami bertolak dengan minibus ke kaki Gunung 7. Laluannya adalah jalan kampung 1 lorong. Sepanjang perjalanan ke situ kami dihidangkan dengan pemandangan ladang teh, kebun sayuran penduduk kampung yang ditanam di tepi rumah, sawah padi dan perkampungan.
Clock wise : Bertolak ke Gunung 7, rumah orang kampung, sawah padi, Gunung 7 yang akan kami daki
Kurang lebih setengah jam perjalanan kami sampai ke starting point untuk naik ke Gunung 7. Di situ ada dibina bangunan pejabat pengurusan Gunung 7 dan Taman Nasional Kerinci Seblat.
Bergambar kenangan sebelum memulakan pendakian.
Peringatan kepada para pendaki.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment