Saya masih ingat pesan Bapak pada hari-hari terakhir Bapak di rumah sakit, sewaktu saya mahu pulang ke Petaling Jaya pada rembang Maghrib hari Ahad. Kata Bapak,
"Mase bawak khete tu ingat Allah selalu."
Saya cium tangan Bapak, dan menjadi kebiasaan saya berbuat begitu setiap kali mahu pulang ke Petaling Jaya selepas berhujung minggu bersama Bapak di rumah sakit. Rasa macam baru semalam Bapak mengingatkan saya begitu, dan memang masih segar dalam ingatan saya, sebaik saya masuk ke perut kereta, air mata saya turun berjurai-jurai, hampir 10 minit saya ambil untuk mententeramkan perasaan di parkir Hospital Besar Taiping. Saya tidak kisah teresak-esak sendiri dalam kereta kerana keadaan sekeliling yang sudah diselubungi gelap malam, saya yakin tidak ada manusia yang akan melihat esak tangis saya. Kalau diikutkan hati mahu saja saya naik balik ke bilik Bapak di tingkat 3, dan tak mahu ke mana-mana lagi selepas itu, mahu duduk di sisi Bapak menjaga makan minum Bapak. Namun apa daya saya yang sangat lemah dan dhaif ini, saya punya tanggung jawab terhadap majikan saya. Hari sudah makin gelap, dan saya perlu memulakan perjalanan saya, kalau tidak saya akan lewat sampai ke rumah di Petaling Jaya. Sambil mengelap saki baki air mata di pipi, saya memacu kereta keluar dari perkarangan Hospital Besar Taiping, membelah kepekatan malam menuju selatan tanah air. Dalam hati saya tak henti menitip doa buat Bapak, semoga Bapak semakin sihat dan kembali ke rumah, walaupun jauh di sudut logik akal saya tahu kondisi Bapak makin hari makin teruk. Saya mohon pada Yang Kuasa untuk mententeramkan perasaan Bapak, dan perasaan saya, dan perasaan Emak, dan perasaan Kak Su, dan perasaan Kakak, dan perasaan seluruh ahli keluarga saya. Saya minta agar Allah memberi ketabahan yang tinggi dan jitu buat kami untuk menghadapi apa jua takdir Allah.
Kereta saya belok ke kanan di persimpangan lampu isyarat untuk keluar dari tol Changkat Jering untuk masuk ke lebuhraya utara-selatan. Masih saya ingat bila kereta sudah berada di tengah jalan raya, dalam diri saya bergema pesan Bapak, cepat-cepat bibir saya kumat-kamit mengalun zikrullah. Secepat itu juga wajah Bapak terpapar di layar memori saya. Lalu air mata saya melimpah keluar akibat desakan pilu yang menyesak dalam dada. Makin lama makin lebat persis air terjun Niagra yang tak henti mudik ke sungai Niagra. Tatkala itu air mata yang terhambur mengaburkan penglihatan saya yang sedang memandu, tambahan pula keadaan agak gelap dan saya pula memang ada masalah penglihatan, ditambah pula kepiluan yang menyesak dada saya seakan tidak mengizinkan fikiran saya tertumpu sepenuhnya pada pemanduan dan saya yakin saya tidak lagi berada dalam kondisi yang baik untuk memandu. Lalu kereta saya pacu memasuki RNR, berhenti di bahu jalan susur keluar, dan saya menangis semahu-mahunya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Pesan Bapak bergema dalam diri saya, sambil wajah Bapak menari-nari dalam pentas memori saya. Suara Bapak menguasai seluruh jasad saya, dan fikiran saya hanya memainkan figur Bapak yang sedang terlantar di katil, lalu zikrullah saya rancakkan mengiringi air mata yang sedang berlumba-lumba menuruni pipi. Mata saya memandang jauh ke lebuh raya, namun fikiran saya masih tertinggal di Hospital Besar Taiping. Sungguh hati saya digigit-gigit kepiluan mengenangkan raut wajah Bapak, batang tubuh Bapak, paket darah yang tergantung pada sisi katil Bapak, wayar drip yang menyelirat di lengan Bapak, semuanya bersilih ganti memenuhi ruang pandangan saya. Bayangan itu hanya hilang apabila tiba-tiba telefon bimbit saya menjerit minta dijawab. Emak menelefon saya. Saya jadi kaget kerana dalam keadaan yang tidak diduga Emak bagai tahu saya sedang hebat beresak tangis memikirkan Bapak, dan saya sangatlah tidak bersedia untuk bercakap dengan sesiapa pun pada waktu itu. Saya kesat mata dan pipi, sedaya upaya menahan air mata jatuh lagi, sambil membetulkan suara supaya tidak kedengaran seperti baru lepas menangis, kemudian barulah saya menjawab panggilan Emak. Emak rupa-rupanya bertanyakan keadaan saya, sudah sampai mana perjalanan saya, kerana Emak bimbang akan keselamatan saya yang sendirian memandu hampir 300 kilometer sedangkan hari sudah jauh malam. Bapak juga tidak betah untuk lekang daripada mengetahui keadaan saya. Memang sebenarnya Bapak tidak mengizinkan saya memandu jauh bersendirian, tambah-tambah pada malam hari. Namun saya tahu Emak selalu meyakinkan Bapak bahawa saya tidak apa-apa di bawah jagaan Allah yang sentiasa menemani sepanjang perjalanan saya, meskipun saya nampak jelas akan kebimbangan di wajah Emak setiap kali saya mahu pulang ke Petaling Jaya. Saya yakin Emak akan berdoa kepada Allah akan keselamatan saya setiap kali saya berpergian, kerana hanya dengan mengadu kepada Allah Emak akan rasa lebih tenang. Seperkara lagi, saya perlu bergilir dengan Kak Su untuk menjaga Bapak pada malam hari, kasihan padanya yang setiap hari daripada Isnin hingga Khamis hanya tidur beralas sofa dan setiap pagi terkocoh-kocoh bersiap untuk ke sekolah. Mujurlah pekerjaannya sebagai guru di Changkat Jering masih dekat dengan Hospital Besar Taiping, jadi tidaklah jauh jaraknya untuk dia berulang-alik ke hospital. Justeru, pada malam Sabtu saya sampai ke Hospital Besar Taiping saya akan terus bermalam di sana menggantikan Kak Su, ataupun akan mengambil Emak untuk dibawa pulang ke rumah di Kuala Kangsar, pagi Sabtu keesokkan harinya barulah saya dan Emak datang ke hospital untuk menemani Bapak. Hari minggu saya akan menggantikan tempat Kak Su menjaga Bapak.
Saya belum lupa pada masa itu saya telah pulang ke kampung pada setiap hujung minggu, sehinggakan teman-teman sepejabat saya kagum dengan tindakan saya, walhal mereka semuanya tidak tahu duduk perkara dan tujuan sebenar saya pulang ke kampung setiap hujung minggu. Mereka tidak pernah diberitahu saya tentang keadaan Bapak yang sedang terlantar di rumah sakit, atas alasan yang saya fikir saya layak untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan mereka kerana pada saya perkara ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Alasan lain, saya asyik membayangkan situasi jika saya memberitahu mereka, tentulah mereka akan saban waktu bertanyakan keadaan Bapak, dan ini akan menjejas kewarasan fikiran saya di pejabat dan mempengaruhi kelancaran tugas-tugas saya. Masakan tidak, pastilah nanti saya akan terkenang-kenangkan keadaan Bapak bilamana mereka asyik bertanyakan keadaan Bapak. Sedangkan memikirkan penyakit Bapak pun saya tidak berani. Bukanlah bermakna saya tidak mahu menerima qada' dan qadar Allah, bahkan penyakit ini ketika itu sudah 2 tahun dihidapi Bapak, dan saya sekeluarga pun sudah maklum bahawa suatu hari nanti keadaan Bapak pasti semakin kritikal. Cuma, saya perlu ruang dan peluang untuk menumpukan perhatian saya kepada tugas-tugas di pejabat, supaya hal-hal peribadi saya tidak akan mempengaruhi prestasi kerja saya. Saya juga tidak selesa kalau-kalau mendapat layanan istimewa daripada rakan-rakan sekerja kerana simpati mereka terhadap saya yang sedang mempunyai seorang bapa yang terlantar di rumah sakit. Pada hemat saya, setiap orang punya cara tersendiri untuk menghadapi dan menangani situasi yang tidak diingini agar dapat dikawal dengan telus hingga tidak melibatkan orang lain. Justeru, ketika itu, setiap hari Jumaat selepas waktu bekerja jam 5.30 petang atau lebih awal saya, dari pejabat saya di Cyberjaya saya akan terus bertolak ke kampung menghala ke utara tanah air, melalui lebuhraya Guthrie terus keluar di susur keluar Rawang Utara, untuk masuk ke lebuhraya utara-selatan. Laluan ini amat jarang berlaku kesesakan, kecuali ketika di lebuh raya Elite sekitar kawasan Shah Alam kerana di situ terdapat persimpangan untuk ke lebuhraya NKVE dan ke lebuhraya Guthrie. Kebiasaannya saya akan terus menuju ke Hospital Besar Taiping malam itu juga, untuk mengambil Emak untuk di bawa pulang ke rumah saya di Kuala Kangsar, dan Kak Su akan menemani Bapak malam itu jika pagi Sabtu dia perlu ke sekolah memenuhi aktiviti ko-kurikulum, jadi tidaklah dia terulang-alik dari Taiping ke Kuala Kangsar dan ke Changkat Jering pula keesokkan harinya. Ketika itu Kak Su masih menyewa di Air Kuning, tidak jauh dari pekan Changkat Jering. Kalau Kak Su tidak punya aktiviti di sekolah pada pagi Sabtu, dia dan Emak akan menunggu saya tiba di hospital terlebih dahulu sebelum membawa Emak pulang ke rumah kami di Kuala Kangsar, dan saya akan menemani Bapak untuk malam itu, esok paginya dia dan Emak akan datang ke hospital. Ada juga pada malam-malam Bapak ditemani Kakak jika Kakak tidak bertugas pada malam tersebut. Kakak seorang kakitangan Hospital Besar Taiping ketika itu, dan bertugas di wad A4 untuk pesakit Tibi, di tingkat bawah bangunan bersebelahan bangunan yang menempatkan wad yang didiami Bapak. Dari tingkap bilik yang Bapak diami boleh nampak wad A4, dan jelas kelibat Kakak kalau Kakak sedang berjalan di kaki lima wad A4 untuk datang ke bilik Bapak. Kakak perlu membersihkan diri dan menyalin pakaian terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik Bapak, supaya kuman-kuman dari wad Tibi tidak dibawa bersama dan terjangkit pada Bapak. Bapak begitu sensitif pada sebarang kuman merbahaya kerana antibodi Bapak sangatlah lemah, sehinggakan Bapak tidak boleh makan sebarang makanan yang tidak dimasak seperti ulam-ulaman, dan jika Bapak mahu makan buah-buahan seperti epal dan anggur, perlu dipastikan kulitnya dikupas terlebih dahulu. Bapak tidak boleh makan buah pear, jika Bapak makan Bapak akan pedih ulu hati kerana buah pear menyebabkan angin dalam badan.
Pernah suatu malam ketika giliran saya menemani Bapak, ketika itu keadaan Bapak sudah agak kritikal sehinggakan sepatutnya setiap hari badan Bapak perlu dimasukkan darah. Sebelum ini hanya seminggu sekali, dan sebenarnya sebelumnya lagi, sebulan sekali. Darah juga perlu sesuai dengan Bapak, bukan setakat mempunyai kumpulan darah yang sama dengan kumpulan darah Bapak. Bapak mempunyai kumpulan darah A. Badan Bapak juga perlu dalam keadaan sihat untuk dimasukkan darah, maksudnya tubuh Bapak tidak dapat menerima darah dari luar apabila Bapak diserang demam. Penyakit Bapak ini sebenarnya akan menyebabkan Bapak selalu demam, tidak kira masa. Kadang-kadang Bapak akan demam pada waktu pagi, sihat pada waktu tengah hari dan demam kembali pada sebelah petang. Mujur malam itu demam Bapak sudah kebah, lalu seorang doktor masuk ke bilik yang dihuni Bapak, diiringi seorang jururawat, membawa sepeket darah untuk disalurkan ke dalam badan Bapak. Saya berdiri jauh-jauh, saya tahu saya mengalami hemophobia, kerana melihatkan paket darah itu spontan saya rasa mual, perut memulas dan rasa mahu pitam. Doktor memeriksa keadaan Bapak sebelum menyangkut paket darah itu kepada tiang besi drip, lalu menyambungkan wayar yang sedia ada yang tertanam pada tangan Bapak dengan paket darah tersebut. Pili drip dibuka untuk membenarkan darah mengalir ke dalam wayar, dan terus memasuki salur darah Bapak yang telah ditembusi jarum yang menghubungkan wayar pada hujung yang satu lagi. Selesai urusan menyalurkan darah, doktor dan jururawat keluar dari bilik, mungkin menuju ke bilik lain untuk memeriksa pesakit lain. Saya menghampirkan diri ke katil Bapak, tetapi di sebelah yang satu lagi yang tida ada tiang drip yang tersangkut paket darah, membetulkan apa wayar yang berselirat, sambil cuba mengemas katil Bapak supaya Bapak lebih selesa di pembaringan. Saya berbasi-basi dengan Bapak, bertanyakan jika Bapak terasa sakit pada bahagian yang tertusuk jarum di tangannya. Bapak menggelengkan kepala, lalu bersuara,
"Aku nak balik la. Kat sini asyik masuk darah, masuk air, takde pun doktor nak bagi ubat. Kamu pegi la cakap pada doktor aku nak balik."
Saya terkedu mendengar luahan Bapak, tidak tahu bagaimana ucapan yang terbaik untuk mententeramkan hati Bapak. Saya hanya membalas luahan Bapak dengan memberitahu saya mahu keluar untuk bertanyakan doktor akan hasrat Bapak. Saya boleh faham perasaan Bapak yang kebosanan terbaring tanpa ada apa-apa usaha untuk memulihkan penyakitnya, bahkan makin hari keadaan Bapak makin membimbangkan. Sebetulnya, dalam hati saya mengiyakan luahan Bapak, justeru saya terus bertanyakan jururawat di kaunter setelah tidak menemukan doktor. Kata jururawat kemungkinan doktor tidak akan membenarkan Bapak pulang, memandangkan tubuh Bapak perlu dibekalkan dengan darah sekurang-kurangnya 3hari sekali, tetapi esok bolehlah cuba ditanyakan kepada doktor bagaimana tindakan terbaik untuk Bapak kerana doktor sudah ke wad lain dan tidak akan balik ke wad yang dihuni Bapak. Jawapan jururawat turut saya persetujui, lagipun di rumah sakit punya doktor yang boleh datang memeriksa dalam kadar yang segera jika berlaku keadaan yang tidak diingini. Saya masuk semula ke bilik, lalu memberitahu Bapak apa yang diberitahu jururawat sebentar tadi. Nampak di wajah Bapak sedikit kekecewaan. Saya tahu Bapak rindukan tempat pembaringannya di rumah, Bapak rindukan rutin harian yang dia lakukan di rumah, Bapak rindukan bau pokok dan tanah di halaman rumah. Mata Bapak macam berkaca, lalu Bapak pejamkan mata, mungkin untuk membawa perasaan dan jiwa pulang ke rumah, mahu mengingati tempat pembaringannya, membayangkan rutin hariannya, menjemput bau pokok dan tanah. Saya melangkah ke sofa, merebahkan diri di situ. Hiba hati saya memikirkan kehendak Bapak. Saya sedar kolam air mata saya mahu pecah, lalu saya pejamkan mata dan menutup muka, pura-pura mahu melelapkan mata, walhal saya sedang menahan kolam air mata saya melimpahkan air. Pagi esoknya, selepas ketibaan Emak dan Kak Su, saya menceritakan kepada mereka berdua perihal Bapak yang mahu pulang ke rumah. Spontan Kak Su memberitahu air yang sering dimasukkan ke dalam badan Bapak melalui drip memang sudah ada ubat. Ubat terus dicampur ke dalam air untuk mempercepatkan tindakbalasnya kerana ia terus disalurkan ke dalam salur darah, berbanding kalau perlu dimakan atau diminum terlebih dahulu, perlu diproses terlebih dahulu oleh badan. Jawapan Kak Su memang boleh diterima akal, dan saya rasa diri saya sangatlah kurang pengetahuan tentang selok belok penyakit Bapak ini.

Suatu hari minggu, Abang yang tinggal di Petaling Jaya pulang menjenguk Bapak di hospital, membawa bersama isteri dan 3 anaknya. Mereka duduk-duduk di atas lantai yang sudah terhampar tikar, di sisi kanan katil Bapak. Anak sulungnya, mengadu ada kudis di kaki, lalu Bapak menyarankan agar menyapu kudisnya itu dengan sejenis ubat cecair yang saya sudah lupa apa namanya, tetapi Bapak akan menitiskan beberapa titis ubat ke dalam minumannya sekali setiap hari, sebagai penawar. Bapak menyuruh saya mengambil botol cecair itu yang terletak di dalam laci bersebelahan katil,
"Ambil ubat putih dalam laci tu.."
Saya terpinga-pinga, saya tidak tahu langsung ubat putih yang mana satu. Perkataan 'ubat putih' terlalu general, dan memang saya tak terbayangkan langsung ubat putih yang dimaksudkan Bapak. Masih tercari-cari di dalam laci, saya cuma cakap ubat putih yang mana, tak ada pun. Tanpa saya duga, Bapak meninggikan suara,
"Ubat putih yang aku selalu minum tu la..titik dalam ayor minum. Botol kecik tu..hishh"
Memang saya sangat terkesan dengan kata-kata Bapak, serasa mahu menangis, lalu saya menjawab dalam bentakan,
"Manalah orang tahu ubat putih yang mana. Cakap la yang ubat yang ni."
Saya berjauh hati, mentang-mentang ubat itu untuk diberi kepada cucu kesukaannya, saya yang berjaga sepanjang malam menemaninya mudah saja disergah, diherdik. Saya terus hulur botol ubat itu kepada kakak ipar saya, ibu kepada anak saudara saya yang mahu disapukan dengan ubat itu di kudisnya. Tanpa dijangka, ubat itu memberi kesan kepedihan yang amat sangat kepada kanak-kanak itu, seperti tidak tertahan lagaknya. Bapak menyuruh saya membasuh kembali ubat yang telah disapu, namun saya buat-buat tidak dengar, dan tidak menoleh langsung kepada Bapak, tanda saya protes kepada Bapak. Bapak hanya diam, mungkin Bapak faham saya sedang melakukan tunjuk perasaan dalam diam. Hingga saat ini, bila saya terkenangkan peristiwa itu, hati saya sangatlah sebak. Saya menyesal kerana tidak boleh bersabar ketika itu. Kenapa saya harus tunjukkan rasa tidak puas hati saya di hadapan Bapak? Kenapa saya tidak boleh memahami situasi Bapak yang sedang sakit dan hanya menanti hari dijemput Ilahi? Kenapa saya tidak menurut sahaja apa yang Bapak minta saya lakukan waktu itu? Sungguh kalau boleh saya mahu putar kembali ke waktu itu membetulkan semua keadaan. Namun saya sedar, segalanya itu amatlah mustahil, dan saya pohon kepada Allah supaya merahmati Bapak sebagaimana Bapak menyayangi saya sejak kecil.
Saya masih ingat suatu ketika Bapak mengadu sakit kaki, sehingga menyebabkan Bapak tidak boleh berjalan, sekalipun turun dari katil untuk ke bilik air yang hanya beberapa langkah dari katil. Keadaan ini mengehad pergerakan Bapak yang memang jenis tidak boleh duduk diam. Lalu appointment dengan doktor diatur, untuk memeriksa kaki Bapak, apa punca yang menjadi penyebab kaki Bapak tidak dapat berfungsi dengan baik. Saya yang menemani Bapak ke bilik pemeriksaan, yang terletak di bangunan lain di Hospital Besar Taiping, perlu menaiki ambulans untuk ke sana. Bapak dibaringkan di atas stretcher, sebelum ditolak memasuki lif untuk ke tingkat bawah sekali. Ambulans sedang menanti, lalu stretcher yang membawa Bapak terus ditolak ke atas ambulans. Saya turut memanjat naik ambulans, duduk di bangku panjang, mengadap Bapak yang sedang berbaring di atas stretcher. Pertama kali menaiki ambulans, saya sedikit gementar, sebelum ini saya hanya melihat scene begini di kaca tv, tapi kali ini saya sendiri yang mengalaminya, semacam saja perasaannya.
Sampai di bilik pemeriksaan, Bapak terpaksa menunggu giliran untuk diperiksa dan melakukan scan. Sambil berbaring di atas stretcher, saya nampak mata sayu Bapak berkaca. Demi Allah saya tak mampu tonton semua itu, saya bangun dari tempat duduk dan berjalan-jalan sekitar ruang menunggu sambil membaca pelbagai artikel kesihatan yang ditampal di dinging-dinding, bukanlah bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tapi semata-mata untuk memujuk hati saya supaya tidak terlalu mengenangkan keadaan Bapak. Sampai giliran Bapak, pembantu hospital menolak stretcher tempat pembaringan Bapak masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Wajah Bapak nampak risau, menjentik-jentik lagi kepiluan dalam hati saya. Saya tahan air mata yang mahu tumpah. Kurang lebih 30 minit Bapak di dalam, seorang doktor keluar dari bilik pemeriksaan, membuka pintunya luas-luas, menandakan ada pesakit yang mahu disorong keluar. Tamat sudah debaran dalam dada saya bila lihat Bapak yang sedang terbaring di atas stretcher di tolak keluar oleh pembantu hospital yang sama. Saya hanya pandang Bapak, dalam hati saya meruap-ruap perasaan ingin tahu apa yang berlaku di dalam bilik pemeriksaan tadi, tapi akal saya memberitahu masanya tidak sesuai untuk bertanyakan Bapak pada waktu itu. Ambulans sampai, dan Bapak disorong ke dalam ambulans bersama stretcher. Saya melompat naik ke dalam ambulans. Dalam perjalanan pulang semula ke bilik Bapak di bangunan yang lagi satu, saya meringankan mulut bertanyakan Bapak tentang pemeriksaan tadi, lalu jawab Bapak,
"Takde apa pun, deme letak gel, rasa sejuk.. lepas tu scan."
Jawapan Bapak mematikan terus soalan-soalan lain yang mahu meluncur dari mulut saya, tambah pula Bapak menjawab dengan senyuman yang saya kira senyuman untuk menutup kekecewaan Bapak kerana 'mereka hanya scan', bukan seperti yang diharapkan Bapak terhadap doktor yang memeriksanya, untuk melakukan sesuatu supaya kaki Bapak sihat seperti sediakala. Saya tidak pasti adakah doktor yang melakukan pemeriksaan itu ada menerangkan apa-apa kepada Bapak atau tidak. Boleh jadi ada diberitahu apa-apa, tapi Bapak sendiri tidak tahu bagaimana mahu terangkan kepada saya, boleh jadi juga memang doktor tidak jelaskan apa-apa. Sampai di bilik Bapak, rupa-rupanya ada pelawat yang sedang menanti Bapak di bilik, saudara dekat yang ada pertalian darah dengan Bapak. Bapak menerangkan yang Bapak ke bilik pemeriksaan untuk memeriksa kaki yang sudah tidak berfungsi.
"Kaki dah tak boleh berjalan tu sudah dah tu"
Mendalam maksud Bapak, berbaur putus asa dan kecewa yang dalam. Saya tahu Bapak seorang yang sangat aktif bergerak ke sana ke mari, dan bila nikmat berjalan yang menjadi tunjang utama untuk Bapak aktif sudah ditarik balik oleh yang Maha Kuasa, apa lagi yang boleh dilakukan selain hanya berbaring di katil dan mengharapkan bantuan orang lain untuk ke sana ke mari. Saya tidak mampu untuk menyaksikan babak seterusnya selama Bapak diziarahi oleh saudara Bapak itu, lalu saya keluar ke ruang menunggu di hadapan lif, sambil cuba untuk memelapkan mata, supaya saya boleh setidak-tidaknya melupakan seketika apa yang sedang saya hadapi.
Setiap kali saya memandu, terutamanya semasa memandu pulang ke kampung halaman, kata-kata Bapak yang memesan supaya ingat Allah selalu semasa memandu terngiang-ngiang dalam fikiran saya, berulang-ulang hingga bergema dalam diri saya. Empang air mata saya mudah pecah bila teringatkan kata-kata Bapak, seperti baru semalam Bapak menuturkannya. Kelibat Bapak sangat segar dalam ingatan saya, walaupun sudah hampir 3 tahun saya tidak melihat fizikal Bapak. Tahun pertama ketiadaan Bapak saya kerap bermimpikan Bapak, dan saya dapat rasa betapa gembiranya hati saya bila saya boleh berada dekat dengan Bapak dalam mimpi-mimpi saya, walaupun selalunya hanya bayangan Bapak yang kelihatan. Namun bila saya terjaga dari mimpi, saya kecewa kerana mimpi saya sudah berakhir, dan saya perlu hadapi realiti yang saya tak akan nampak fizikal Bapak sampai bila-bila.
Ya Allah, Kau bahagiakanlah Bapak di sana.
Ya Allah, Kau tempatkanlah Bapak bersama orang-orang yang bertakwa.
Ya Allah, Kau kasihanilah Bapak sebagaimana Bapak mengasihi zuriatnya sejak kecil lagi.
Ameen Ya Rob ...
No comments:
Post a Comment