Pagi ini kami agak terlambat ke masjid untuk solat Subuh, masing-masing terbangun dari tidur agak lewat kerana semalam banyak aktiviti yang kami lakukan seharian suntuk. Keletihan yang luar biasa menyebabkan badan sukar dikejutkan daripada lena dan mata payah terbuka demi memenuhi rasa mengantuk yang membuai-buai. Azan Subuh sedang berkumandang, kami baru sampai ke perkarangan masjid, terpaksa menyelit-nyelit untuk memboloskan diri memasuki masjid kerana jemaah pada waktu ini sudah ramai membanjiri. Kebiasaan hari-hari yang lepas, kami sempat berada di dalam masjid sekurang-kurangnya 10 minit sebelum azan dilaungkan, sewaktu jemaah masih belum ramai mengisi ruang masjid. Emak pegang tangan aku erat-erat, bimbang ketinggalan dan tercicir dalam lautan manusia yang semakin ramai, lagipun kaki Emak sudah tidak mampu menampung badan kalau-kalau dirempuh jemaah yang mahu memasuki masjid. Sedia maklumlah, apabila azan sudah berkumandang, orang ramai pun berpusu-pusu mahu memasuki masjid untuk menyempatkan diri bersolat sunat qabliah sebelum Imam mengangkat takbir.
Usai Subuh dan bersarapan, kami naik ke bilik merehatkan diri, sementara menanti waktu Zohor masuk. Kak Dah mengajak aku ke Raudhah sekali lagi, namun aku menolak ajakannya bila mengenangkan pengalaman semalam. Aku semacam fobia dengan suasana di Raudhah yang berasak-asak sehingga mencetuskan pergaduhan kecil. Bukanlah bermaksud aku tidak suka untuk menziarahi bekas tapak rumah Nabi, masakan aku merasakan begitu. Malah kalau diikutkan hati mahu saja aku berkampung di masjid Nabi untuk sentiasa berada dekat dengan jasad Baginda yang mulia, seterusnya menikmati segala kebahagiaan ibadat yang pastinya meresap dalam setiap urat saraf. Yang ditekankan disini adalah sikap para jemaah yang tidak peduli dengan kewujudan jemaah lain disekitarnya, dan sangat mementingkan diri sendiri - asalkan diri sendiri bolos ke kawasan Raudhah dengan apa cara sekalipun; walaupun dengan kekasaran terhadap jemaah lain. Memanglah aku akui, masa yang diperuntukkan untuk menziarah Raudhah sangat terhad bagi jemaah wanita berbanding bilangan mereka yang cukup ramai, tapi itu bukanlah tiket untuk mereka mengkasari jemaah lain demi memasuki kawasan Raudhah. Apa guna kita datang menziarahi Nabi dalam masa yang sama kita melakukan perkara yang Nabi tidak suka. Tidak ada salahnya jika para jemaah masuk ke Raudhah dalam keadaan tertib dan sopan, sementelah sedang berkunjung ke rumah Baginda - tetap dapat masuk malah dengan suasana yang lebih aman dan tenteram - lebih sempurna dan khusyu' bila mendirikan solat di situ.
Aku tahu Kak Dah agak kecewa bila aku menolak ajakannya, kerana dia sebenarnya memerlukan teman untuk ke sana. Sementelah yang lain-lain semuanya sudah tidak upaya dan uzur, maka aku dirasakannya calon terbaik untuk menemaninya, setidak-tidaknya untuk menjadi benteng semasa dia mengerjakan solat sunat di situ. Atas alasan masih ada doa yang belum dibacakan di Raudhah, Kak Dah tetap mahu memasuki Raudhah meskipun aku tidak ikut sama. Sudahnya, Abang Man lah yang menemaninya. Entahlah, pada aku, berdoa di mana-mana pun Insya Allah akan dimakbulkan Allah, dengan syarat kita ikhlas dan sangat merendah diri tatkala meminta daripada-Nya. Aku tidak menafikan, Raudhah adalah salah satu tempat yang makbul doa, tapi adab-adab berdoa jangan pula dilupakan. Aku tidak mahu menziarahi Raudhah dalam keadaan terpaksa, dan dengan sebab untuk menemani orang lain. Jelas tidak ada keikhlasan di situ, dan sesungguhnya Allah sangat mengetahui apa yang ada di dalam hati.
Sedang aku dan Emak bersiap-siap ke masjid untuk solat Zohor, Kak Dah pulang ke bilik. Kami merasakan agak sekejap masa yang diambil, namun kata Kak Dah suasananya sama saja seperti semalam - berasak-asak dan bertolak-tolak. Masih ada sejam lagi sebelum azan Zohor berkumandang, aku sengaja mengajak Emak ke masjid awal-awal. Bolehlah bertadarus di sana sementara menanti masuknya Zohor. Emak pula tidaklah terkocoh-kocoh berjalan ke masjid seperti pada waktu Subuh tadi. Aku sebenarnya lebih mementingkan keadaan Emak yang uzur, supaya Emak lebih tenang dalam semua keadaan, terutamanya ketika mahu menunaikan kewajipan solat di masjid. Kalau sudah letih terkocoh-kocoh ke masjid, mana mungkin dapat solat dengan tenteram. Dalam perjalanan ke masjid kami terserempak dengan Abang Man yang duduk di birai salah satu pintu gerbang masjid. Kami menyapa Abang Man, katanya sedang menanti Kak Dah yang sedang menziarahi Raudhah. Emak memberitahu Abang Man - Kak Dah sudah berada di bilik. Aku boleh nampak air muka Abang Man berubah kerana rupa-rupanya dia sudah menanti di situ selama sejam lebih. Telefon bimbit Kak Dah tidak dapat dihubungi, mujur kami terserempak dengannya di situ. Kulit mukanya yang cerah nampak kemerah-merahan dek gigitan mentari yang panas membahang, sungguhpun masih belum tengah hari.
Usai solat Zohor dan jamak taqdim Asar kami pulang ke hotel untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong minta diisi. Sempat aku dan Emak singgah di gerai-gerai jualan di sekitar perkarangan masjid Nabi, membeli-belah buat kali terakhir di Madinah. Petang nanti kami akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadat umrah yang pertama. Aku masih ingat pesanan mutawwif kami - solat jamak taqdim Asar seusai solat Zohor dan bersiap-siap memakai pakaian ihram sebelum bertolak ke Mekah. Kami dijadualkan bertolak dari hotel jam 3 petang. Aku faham antara perkara-perkara yang disunatkan sebelum berniat ihram adalah seperti memotong kuku, mencukur bulu-bulu, membersihkan badan dan memakai wangi-wangian (selagi tidak berlebihan sehingga dapat dihidu). Aku mahu praktikkan perkara-perkara sunat tersebut, namun sebaik saja aku masuk ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri, salah faham berlaku antara Emak dan Emak Kak Dah. Kata mereka, tidak boleh melakukan perkara-perkara sunat tersebut kerana sudah mahu berihram. Aku perjelaskan, aku - kami - masih belum berniat ihram, masakan aku sudah diharamkan melakukan perkara-perkara tersebut. Memanglah perkara seperti memotong kuku, bercukur dan memakai wangi-wangian adalah perkara yang diharamkan ketika berihram. Mereka berdua telah terkeliru dengan perkara sunat sebelum berihram dengan perkara yang haram selepas berniat ihram, sehingga mencetuskan pertelingkahan kacil antara aku dan Emak. Apabila berlaku pertelingkahan dan salah faham sebegitu, aku turut menjadi was-was dan ragu-ragu atas apa yang aku fahami, sementelah ini merupakan kali pertama aku mahu berumrah, pastilah sedikit sebanyak aku terpengaruh dengan kata-kata mereka yang sudah berpengalaman. Aku tidak mahu rasa was-was menganggu dan membelenggu diri, lalu segalanya aku serahkan kepada Allah, atas apa yang aku yakinkan. Keyakinan terhadap apa yang dirasakan betul pada waktu itu lebih penting daripada melayani dan menuruti perkara yang dirasakan was-was. Selesai urusan di bilik air, Makcik Mah memberitahu, sama seperti yang aku fahami. Masakan perkara-perkara haram semasa berihram sudah dijatuhkan ke atas aku, sedangkan aku masih belum berniat ihram, sedangkan untuk berniat ihram perlu dilakukan di tanah halal, bukan di bilik hotel atau di masjid Nabi yang terletak di tanah haram.
Kami berkumpul di lobi hotel, menanti bas yang membawa kami ke Mekah sampai. Semua jemaah termasuk mutawwif sendiri siap berpakaian umrah. Bagi jemaah wanita, kami disarankan memakai pakaian berwarna putih, sedangkan pakaian ihram jemaah lelaki yang merupakan 2 helai kain tidak berjahit memang sudah berwarna putih. Kata mutawwif, sesiapa sahaja yang mahu masuk ke Mekah dengan tujuan ziarah sememangnya diwajibkan untuk melakukan umrah terlebih dahulu. Kami sempat bergambar kenangan di lobi hotel sementara menanti bas sampai. Sebelum meninggalkan kota Madinah, adalah dianjurkan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Nabi, dan sebaik-baiknya adalah dengan menziarah ke makam Baginda yang mulia. Namun kata Ustaz Daud Che' Ngah yang mengacara kursus umrah kelmarin, kalau berada di dalam masjid Nabi sambil dalam hati mengucapkan salam kepada Baginda sudah memadai. Itulah yang aku dan Emak lakukan seusai solat Zohor tadi. Ini tanda kita mahu berpisah dengan Nabi yang dicintai, dan menzahirkan rasa kesedihan untuk meninggalkan Baginda. Tidak beradab sekiranya kita pergi meninggalkan Baginda tanpa apa-apa ucapan terakhir, sedangkan dengan teman-teman dan kaum keluarga pun pasti kita mahu menuturkan ucapan perpisahan tatkala berpisah, inikan pula dengan Nabi yang tidak ada galang gantinya, yang tidak ada banding taranya, yang mungkin ada mungkin tiada peluang untuk bersua - sampai hatikah kita untuk pergi begitu sahaja?
Jemaah memenuhi perut bas, sementara bagasi yang sudah semakin padat berisi barang-barang hasil 2 hari berbelanja mengisi ruang bawah perut bas. Mutawwif memeriksa setiap penumpang, bimbang kalau-kalau ada yang tertinggal di hotel. Rombongan kami semuanya berjumlah 3 bas yang akan bertolak ke Mekah pada ketika itu. Rupa-rupanya ada masalah pasport yang menghalang kami untuk memulakan perjalanan. Kata mutawwif ada jemaah yang tidak memulangkan pasport kepada pihak hotel untuk simpanan mereka, setelah bilangan jemaah dan bilangan pasport yang diterima tidak sepadan. Berkali-kali juga mutawwif memohon sesiapa antara kami yang masih belum memulangkan pasport, untuk berbuat demikian, namun tidak ada sesiapa yang menurut, kerana rupa-rupanya jemaah yang masih belum menyerahkan pasportnya adalah dari kalangan jemaah di bas yang lain, mungkin di bas bernombor 1 atau 2. Sehingga berlaku pertelingkahan antara pihak hotel dengan para mutawwif, sehingga pemandu bas pun masuk campur. Lagak seperti mutawwif kami sedang bertikam lidah antara mereka kerana intonasi yang agak keras, namun kata mutawwif mereka tidak bergaduh, itu adalah cara bercakap yang normal. Memang secara zahirnya masyarakat Arab memang agak kasar berbanding dengan orang Asia terutamanya rumpun Nusantara yang tinggi adat istiadat dan norma masyarakat.
Dengan rahmat Allah yang dimulakan dengan lafaz Bismillah, perjalanan akhirnya dapat dimulakan setelah segalanya diatasi. Rasa hiba mula menyerbu urat saraf, lalu menyentap jantung untuk berdegup lebih kencang sampai mahu pecah dada. Memang sesak dalam dada bila mengenangkan betapa hibanya hati ini untuk meninggalkan kekasih yang dicintai. Apabila bas melewati masjid Nabi, rasa hiba di dalam hati sudah tidak dapat dikawal, justeru menolak air mata yang telah mula bertakung dalam kelopak mata. Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap bas, memerhati masjid Nabi yang semakin jauh ditinggalkan, dengan pandangan yang berbalam-balam dikaburi air mata yang berlinangan. Aku sapu cepat-cepat air mata yang sedang jatuh, bimbang kalau-kalau Emak yang disebelah terpandang kesedihan aku, sungguh aku segan. Rindu pada Nabi sudah berakar dalam hati, masih adakah kesempatan yang lain untuk kita bertemu, wahai Nabi yang dicintai?
Malu rasanya mengatakan cinta, Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia, Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa, Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat, Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya, Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat, Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona, Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata, Nantikanlah daku ditaman syurga
Ya Rasul...ku rindu padamu...syafaatkan aku...
Ya Rasul...syafaatkan aku...ku rindu padamu...
[Hijjaz]

Sesungguhnya apa yang ku dambakan, Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah, Beerti cinta kepada Allah[Hijjaz]
No comments:
Post a Comment