Selesai membayar harga sarapan pagi yang ringan, kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Padang. Aku agak tak puas hati dengan harga sarapan kami yang aku kira kurang berpatutan. Antara kami ada yang minum teh, ada yang minum kopi, dan ada yang minum indocafe. Kami makan roti gepeng, roti kering dan keropok (jajan), lalu jumlah keseluruhannya adalah Rp93000, kira-kira RM30, sedangkan sewaktu kami makan mee rebus di RNR dalam perjalanan ke Jambi pada hari pertama sampai, hanya berjumlah Rp57000. Mungkin mereka tahu kami pelancong luar, sebab itulah harga lebih tinggi dikenakan. Atau mungkin mereka mengenakan harga yang tinggi pada secawan teh yang kami minum sebab teh di situ agak popular dan bermutu tinggi. Apa jua kemungkinan, semua yang kami makan sudah pun menjadi tinja. Redha je la, niat sedekah.
Perjalanan ke Padang City perlu kira-kira lagi 2 jam. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Masih agak jauh baki perjalanan kami. Giliran aku duduk di seat paling belakang, bersama Maria dan Nurul. Untuk memecah kebosanan, bermacam-macam cerita kami sembangkan, paling rancak bila masing-masing mengimbas kembali zaman sekolah menengah dahulu. Kecuali Tiqah dan Shila, kami semua bersekolah tingkatan 4 dan 5 di sekolah yang sama, manakala aku, Maria dan Neny memang dari tingkatan 1 hinggalah matrikulasi, setia bersama. Memang seronok bila sesekali mengimbas kembali memori masam-pahit-manis semasa di bangku sekolah, sampai tak sedar kami telah pun sampai ke Padang City. Kami tidak singgah di situ, malah meneruskan lagi perjalanan ke Teluk Bayur, jeti tempat kami naik bot untuk ke Pulau Pagang. Sebenarnya, rencana awal kami mahu ke Pulau Sironjong. Tapi bila melihatkan Pulau Sironjong seperti pulau tinggalan dalam filem seram dan tak sama macam yang kami lihat dalam website, kami melencong terus ke Pulau Pagang. Pulau Sironjong punya pantai yang lebih kecil dan pendek, hanya sebahagian sahaja yang berpantai, sebahagian yang tidak berpantai nampak seperti bongkah batu besar yang ditumbuhi hutan. Kalau memandang Pulau Sironjong dari sebelah tidak berpantai, pulau ini seolah-olah sebuah gunung batu yang langsung tidak menarik. Pulau Sironjong tidak punya coral untuk aktiviti snorkeling, tetapi di situ ada dibina sangkar-sangkar ikan (dipanggil keramba ikan oleh penduduk lokal) yang agak luas kawasannya.
Jeti Teluk Bayur..langit yang cerah, laut yang biru. Hari yang sempurna untuk dihabiskan di pulau.
Bot kami yang satu lagi.
On Boarding [ihsan gambar Nurul]
Bekalan sepanjang perjalanan dan permukiman di pulau.
Perjalanan bot mengambil masa hampir sejam. Kami bertolak dari jeti Teluk Bayur kira-kira jam 10 pagi, cuaca sudah agak terik sebenarnya. Laut juga luar biasa gelombangnya, hinggakan kami terjerit-jerit bila gelombang besar datang membuatkan bot teroleng-oleng macam dah hilang kestabilan. Aku mengaku aku paling kuat menjerit, sebab aku memang sangat fobia air. Tambah pula aku duduk di bangku paling hadapan, dan sentiasa nampak gelombang besar yang sedang datang. Rasa cemas tak usah cakap, lebih cemas daripada membonceng bot Pak Bubu di Danau Gunung Tujuh, walaupun kali ini lengkap pakai safety jacket, dan ada pelampung besar. Bot yang kami naiki ini adalah bot nelayan. Bayarannya adalah Rp300000 seorang, lebih kurang RM90, sudah termasuk makan tengah hari di pulau, peralatan snorkeling, peralatan keselamatan dan pengangkutan pergi dan balik.
Teluk Bayur-Sironjong-Pagang
Perjalanan merentasi lautan Hindi menghidangkan pemandangan yang tidak kalah hebatnya. Maha Agung ciptaan Allah, kami dapat melihat dan merasai sendiri keunggulan ciptaannya, daripada gunung-ganang yang memasak bumi, hinggalah ke lautan yang menghampar luas tak bertepi. Pulau-pulau menjadi daratan untuk menyekat kemaraan ombak garang dan angin kencang. Begitu aturan alam yang dikawal oleh kuasa Sang Pencipta.
Pulau Parsupahan, Pulau Sikuai, Pulau Sirandah yang paling kanan.
Pulau tak bernama.
Pulau Sikuai yang dah dicemari dengan tangan-tangan kapitalis.
Kapal-kapal menjadi peneman laut yang sepi.
Bot-bot nelayan memeriah suasana.
Hampir 1 jam teroleng-oleng dipukul gelombang, kami sampai ke Pulau Sironjong. Oh ini rupanya bentuk Pulau Sironjong yang menjadi sebutan.
Macam bukit batu.
The other side.
Semakin menghampiri. Ada bot nelayan terparkir.
Sedang memikat memukat ikan.
Side yang ada pantai, pendek dan kecil saja pantainya. Yang berwarna kuning-kuning itulah keramba ikan.
Kami lanjutkan saja perjalanan merentasi persisir pulau menuju Pulau Pagang setelah melihat keadaan Pulau Sironjong. Tidak banyak aktiviti dapat dilakukan di Pulau Sironjong kata Pak Phili, kerana perairan pantainya juga agak dalam. Sebenarnya aku sudah pernah ke Pulau Pagang pada bulan May yang lalu, waktu itu aku bersama 2 orang rakan yang lain, seharian suntuk kami di sana sehingga muka hitam legam. Jadi aku tidaklah begitu teruja untuk ke Pulau Pagang kali ini, walaupun aku tahu pantai Pagang sangatlah memukau dengan airnya yang biru kehijauan, pantai yang putih bersih dan coral yang indah dapat dilihat dari permukaan air.
Lihatlah gradient warna yang terhasil.
Kalau dalam peta di atas, boleh nampak laluan berpasir yang membentuk tanjung ini. Bila air pasang, laluan ini tenggelam dalam laut.
Alangkah indahnya jika dapat santai begini setiap hari..
Langit, bukit, laut.
Snorkeling.
Sudah semakin petang, perlu berangkat pulang.
Awan mendung, mungkinkah akan hujan? [lagi gambar ketik sini , sini dan sini, yang aku ambil May lalu]
Jam 3.30 petang kami bersiap-siap untuk berangkat pulang. Kami belum bersolat Zohor dan Asar lagi, jadi kami perlu sampai ke tanah besar sebelum Maghrib. Maghrib akan masuk kira-kira jam 6.15 petang. Rencananya kami mahu singgah di Pulau Sironjong sekali lagi hanya untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan pantai Sironjong. Namun bila melalui Pulau Sironjong, terdapat anjing-anjing liar berkeliaran dan bersalak-salakan di pantainya, buat kami jadi risau dan cemas. Kami langsung saja meneruskan perjalanan, tapi dalam perjalanan singgah di beberapa buah pulau yang aku tak tahu apa namanya kerana tuan punya bot itu mahu menghantar barang, mungkin juga bekalan makanan. Persinggahan mereka buat kami gelisah takut tak sempat bersolat jamak Zohor dan Azar. Alhamdulillah, jam 4.30 kami sampai di jeti Teluk Bayur. Masing-masing buru-buru mandi dan menyalin pakaian basah untuk menunaikan kewajipan seorang hamba.
Usai solat, masing-masing sudah siap berpakaian kering. Waktu Maghrib hampir masuk, matahari makin menenggelamkan sinarnya. Dari jeti Teluk Bayur, pemandangan sunset sangatlah memukau pandangan. Tak sangka sebegini indahnya suasana dapat kami rasa bersama-sama. Masa keemasan ini perlu dirakam untuk kenang-kenangan.

Subhanallah, tiada yang dapat menandingi indahnya alam ciptaanMu.
Sesungguhnya Engkau Maha Cantik, dan menyukai kecantikan.
Kami mengambil keputusan (sebenarnya aku yang memutuskan kepada Pak Phili) untuk makan malam dulu sebelum check-in hotel memandangkan kami akan sampai ke Padang City pada waktu makan malam. Aku mencadangkan untuk makan di kedai makan Bakso Lapangan Tembak, tempat makan yang sama aku makan sewaktu datang ke Padang May lepas, terngiang-ngiang keenakan baksonya. Tapi sebelum itu kami akan singgah membeli-belah dulu sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Esok memang tak sempat dah nak membeli-belah sebab flight kami awal pagi.
Siap berkemas, kami meninggalkan jeti Teluk Bayur, menghala ke Padang City. Perjalanan mengambil masa hanya lebih kurang setengah jam. Kami melalui persisiran pantai Padang yang sangat indah pemandangannya, matahari semakin tenggelam membentuk cahaya berwarna keemasan bila terimbas ke air laut. Serakan cahaya yang masih tersisa di langit bercampur dengan warna awan mendung, melukiskan corak-corak abstrak berwarna jingga, ungu dan biru di dada langit, memukau pandangan. Terpegun kami dengan keindahan lukisan alam karya Yang Maha Pencipta. Kanvas langit yang putih bersih pada siang hari menjadi lukisan bercorak indah bila malam menjelma.
Malam semakin larut menyelubungi persisir pantai Padang. Senja yang berlabuh menjemput keindahan malam dengan kerlipan lampu-lampu di persisir pantai. Cahaya lampu terbias ke laut, menyerakkan warna jingganya hingga ke tengah laut. Riak air laut membuatkan cahaya yang terbias bergelombang sama. Hebat fenomena yang terhasil, walaupun secara kasarnya nampak simple. Siapa lagi yang mengawal tercetusnya keadaan ini kalau bukan Dia Yang Maha Kuasa.
Hasil kerja tangan Maria yang duduk di tepi tingkap. Not bad walaupun minibus sedang bergerak.
Padang City terletak betul-betul di persisiran pantai pulau Sumatera di sebelah Barat. Jalan raya persisir pantainya sangat hampir dengan laut. Kata Pak Phili, memang pernah berlaku air laut melimpah hingga membanjiri jalan raya, tetapi tidaklah terlalu kerap. Katanya setahun paling banyak pun cuma 2 atau 3 kali. Memang ada dibina benteng dan jalan raya sebenarnya dibina lebih tinggi daripada paras air laut pasang. Tetapi jika berlaku angin kuat dan ombak mengganas terutamanya ketika musim tengkujuh, air laut mampu melimpah hingga ke jalan raya, hingga membanjiri kawasan sekitarnya.
Pak Yas yang memandu minibus membawa kami ke butik menjual barangan kraf tangan khusus Padang, telekung, kain sulam, t-shirt, kain batik dan pelekat dan sebagainya. Kawan-kawan aku mahu beli fridge magnet sebagai buah tangan untuk di bawa pulang. Aku hanya beli selipar bermotifkan Jam Gadang Bukit Tinggi buat kakak aku, buah tangan kerana sudi menghantar aku ke komuter sewaktu mahu ke LCCT tempoh hari. Sedang aku bantu Maria memilih-milih telekung, pekerja-pekerja butik nampaknya sudah mula mengemas barang-barang untuk menamatkan perniagaan hari ini. Aku kerling jam tangan, baru pukul 7.30. Kata Pak Phili butik ini akan tutup jam 10 malam. Tapi nampaknya mungkin jam 8 mereka mahu tutup kedai. Lalu gegas-gegas kami membuat pilihan dan membayar harga barangan yang kami beli.
Selesai membeli souvenir, kami lanjutkan acara beli-belah ke kedai Kripik Balado Shirley, juga kedai yang aku pergi May lalu. Mahu beli jajan untuk orang kampung, dan kek Ambon untuk orang yang dihormati. Waktu ini perut aku dah berkeroncong dan memang sudah gastrik. Di pulau tadi aku hanya sedikit sahaja nasi goreng aku jamah, jadi waktu-waktu begini haruslah sudah berkeroncong perut. Aku naik dulu ke minibus, menemani Tiqah yang memang tidak turun langsung sejak di butik Silungkang tadi. Kedai ini ada menjual pelbagai jenis kerepek, tapi yang popularnya adalah kerepek ubi berlada atau kalau di sini kita biasa panggil kerepek ubi pedas. Rupanya pun seakan-akan sama saja dengan kerepek ubi pedas. Selain itu ada juga dijual kerepek seperti tempeyek, kerepek pisang yang pelbagai perisa, kerepek tepung, pisang salai, pia, dodol dan bermacam-macam lagi jajan yang aku sendiri tak tahu apa namanya. May yang lepas semasa datang ke sini aku telah melakukan proses penyahtinjaan di sini, mungkin betullah kata orang kalau kita meninggalkan sisa-sisa tinja di suatu tempat, kemungkinan besar kita akan kembali lagi ke tempat itu.
Puas memborong berkotak-kotak jajan, kami lanjutkan perjalanan ke kedai bakso Lapangan Tembak, tapi dalam perjalanan kami singgah sebentar membeli pisang kapit yang telah lama aku iurkan. Sejak sebelum ke Padang lagi aku siap-siap bagitahu Pak Phili aku mahu makan pisang kapit bila berada di Padang. Pisang kapit ini memang sangat special rasanya, padahal cara pembuatannya senang saja. Pisang yang sudah masak ranum (tak silap aku mereka menggunakan pisang nangka) meraka bakar menggunakan alat pemanggang, kemudian letak di atas alat khas yang diperbuat daripada kayu yang boleh mengapit pisang itu menjadi leper, kapitkan pisang sampai leper. Pisang yang masih panas dan sudah leper mereka pindahkan ke atas kertas pembungkus berwarna coklat (kertas yang biasa digunakan untuk bungkus bihun goreng, mee goreng dan nasi lemak kalau beli daripada makcik-makcik penjaja breakfast di tepi-tepi jalan) yang telah mereka siapkan dengan lapisan susu pekat di atasnya. Lepas tu, pisang kapit yang masih panas tu ditabur dengan chocolate rice dan keju parut. Pisang kapit ini dijual dengan harga Rp3000 per set (2 biji pisang yang setiap sebiji dibelah 2). Macam ini la rupanya.
Mula-mula ingatkan aku saja yang terliur dengan pisang kapit ni. Lepas kawan-kawan aku pekena trial kit, terus tapau sorang satu. So memang tak diragukan lagi lah keenakannya. Sampai sekarang terngiang-ngiang kelazatannya. Kami makan pisang kapit dalam minibus buat alas perut, sementara dalam perjalanan ke Bakso Lapangan Tembak. Sebenarnya Bakso Lapangan Tembak ini popularnya di Jakarta, di Padang ini kiranya cawangannya lah. Pak Phili tak mahu makan malam di sini sebab dia mahu makan yang berat-berat. Lapar katanya. Di Bakso Lapangan Tembak ini ada jugalah menu nasi, tetapi dihidangkan dengan set ayam penyet atau ikan goreng sahaja, bersama ulam-ulaman seperti timun dan salad yang dilengkapi dengan sambal. Banyak menu yang telah habis sebenarnya sewaktu kami sampai sebab hari sudah jauh malam, jam 9 kira-kira. Jadi kami makan saja apa yang ada. Macam aku memang kena order nasi sebab perut dah gastrik bagai jadi janganlah cari penyakit untuk tambahkan lagi kesengsaraan sepanjang malam nanti. Neny, Shila, Nurul, Mai dan Maria order bakso. Tiqah pula pelik sikit menunya, dia order omelette. Western la sangat tapi makan waktu malam. Kami bayar Rp 300000 untuk makan malam kami, iaitu kira-kira RM 90.
Selesai mengisi perut, kami berangkat ke hotel untuk berehat. Hari sudah jauh malam dan mata pun memang sudah mengantuk bila perut sudah kenyang. Pak Phili sudah siap menunggu di luar kedai. Kami teruskan lagi perjalanan yang masih berbaki, menghala ke Hotel Sriwijaya. Hotel ini punya lanskap yang cantik, seperti dalam taman. Walaupun hanya 2 bintang, fasilitasnya memang sangat memuaskan hati. Biliknya kemas dan selesa. Bilik-bilik kami di tingkat 2, jadi dapat bayangkanlah macam mana kami mendaki anak-anak tangga dalam keadaan kaki yang sakit dan lutut yang longgar. Mujurlah beg-beg diangkut oleh pekerja hotel. Masing-masing sudah seperti OKU memanjat anak tangga. Tak hiraukan langsung pekerja-pekerja hotel yang pelik melihat kami. Penginapan di Hotel Sriwijaya hanya 1 malam, menelan belanja sebanyak Rp 350000 per bilik (Double room dengan 2 katil single). Maklumat lanjut tentang Hotel Sriwijaya Padang boleh ketik sini.
Sampai di bilik, aku terus menghumbankan badan ke katil. Nikmatnya rasa dapat merehatkan badan sebegitu. Aku sebilik dengan Maria, Neny dengan Shila manakala Mai, Nurul dan Tiqah bertiga dengan extra bed, sama seperti aturan di guesthouse Pak Subandi di Kerinci tempoh hari. Aku biarkan Maria membersihkan diri terlebih dahulu sementara aku mahu melelapkan mata barang sepicing dua. Aku hanya terjaga bila jam sudah pukul 1 pagi. Cepat-cepat aku mandi dan bersolat jamak taakhir Maghrib dan Isya', dan terus menyambung tidur. Esok jam 6 pagi kami perlu siap berada di lobi.
22 Oktober 2013
Pagi-pagi lagi jam 4.30 Maria sudah bangun untuk bersolat Subuh dan bersiap-siap. Aku biarkan Maria mengemas begnya dulu, sementara aku bermalas-malasan di atas katil. Jam 5 baru aku menyelak selimut dan malas-malas menuju ke bilik air. Usai solat Subuh pun aku masih berlambat-lambat untuk mandi dan bersiap-siap, ditambah pula dengan kesakitan di kaki, melambatkan setiap pergerakan aku. Sudahnya, jam 6.10 pagi baru aku terkocoh-kocoh membawa beg keluar dari bilik. Kasihan Maria yang menunggu aku, dia juga terkena tempias keterlambatan aku. Kawan-kawan aku yang lain sudah turun terlebih dahulu untuk bersarapan. Rupa-rupanya hujan sedang turun dengan lebatnya tanpa belas kasihan. Pak Phili pun sudah berada di lobi. Aku masih ingat kata Pak Phili, kalau ada disediakan sarapan, bolehlah makan terlebih dahulu. Aku dan Maria orang terakhir menghabiskan sarapan. Pak Phili pula nampak macam tak puas hati sebab aku lambat. Biarlah. Aku malas nak fikir sebab kaki aku sakit. Haha.
Dalam hujan yang sedang menggila turun, kami meredah jalan raya untuk ke Bandara Minangkabau. Sebenarnya Pak Phili merencanakan untuk bertolak dari hotel jam 6 pagi untuk mengelak kesesakan jalan, jadi kami akan sampai di Bandara jam 6.30 pagi. Tapi hari ini jam 6.30 pagi baru kami bertolak ke bandara, jadi kami telah terlewat setengah jam. Tambahan pula hujan yang menggila seperti ini, Pak Phili kuatir akan berlaku banjir di jalan raya. Kalau banjir alamatnya memang kami semua terkandas dan terlepas flight. Flight kami jam 8.30 pagi. Tapi Alhamdulillah, rupa-rupanya kawasan sekitar hotel sahaja yang hujan lebat. Lepas 5 minit perjalanan, hujan sudah reda. Jalan pun tidak sesak tapi kenderaan sudah banyak di jalan raya. Jam 7 pagi kami sampai di Bandara Minangkabau. Nurul, Tiqah dan Mai masih belum check-in, jadi kami gegas-gegas ke kaunter check-in, tak sempat berlama-lama berucap selamat tinggal dengan Pak Phili. Kami masing-masing tidak ada yang check-in beg, semua beg dibawa ke kabin. Selesai urusan timbang beg, kami terus naik ke tingkat atas. Di sini barulah perlu membayar airport tax sebanyak Rp100000. Di tingkat atas lebih banyak kedai kecil-kecil yang menjual barangan cenderahati, t-shirt, kain pelekat dan sebagainya dan kedai kerepek. Sementara menanti waktu perlepasan, kami melewati kedai-kedai yang ada. Jam 7.45 kami mendengar announcement menyuruh penumpang-penumpang tujuan KL untuk boarding segera. Kami tidak sangka announcement menyuruh boarding tu rupa-rupanya memang suruh terus menaiki pesawat. Percaya atau tidak, jam 8.10 pagi pesawat sudah berada di atas awan, sedangkan kalau ikutkan waktu di boarding pass, jam 8.10 pagi gate baru dibuka. Ini pertama kali dalam hidup aku menaiki pesawat yang terawal daripada yang dijadualkan, selalunya kalau tidak on time mesti akan delay. Tapi tidak adillah pihak Air Asia Indonesia buat macam ni, bayangkan orang yang memang on time, yang sampai di airport jam 8.00 pagi. Pastilah tak sempat menaiki pesawat sebab perlu melalui pemeriksaan beg dan imigresen terlebih dahulu, sedangkan kalau ikut masa yang dijadualkan, sepatutnya sempat menaiki pesawat. Aku lihat memang ada tempat duduk yang masih kosong dalam pesawat, dan memang ada petugas kabin yang mengira bilangan penumpang terlebih dahulu sebelum pesawat take-off. Jadi bila berlaku keadaan macam ni, aku terfikir, mereka memang hanya sekadar kira untuk memenuhi prosedur kah? Atau mereka memang periksa jumlah penumpang dalam pesawat betul-betul sama dengan bilangan orang yang check-in. Ini tidak adil...tidak adil...tidaaakk adil..Sepatutnya mereka yang tak sempat naik flight tu boleh dapat balik duit tiket, sebab bukan salah penumpang yang lambat, tapi flight yang awal.
Disebabkan waktu keberangkatan pesawat yang awal 20 minit, jadi kami pun sampai di LCCT 20 minit awal daripada yang dijadualkan, iaitu kira-kira jam 10.20 pagi. Syukur kami semua selamat tiba ke tanah air, tetapi dalam masa yang sama rasa sayu sebab percutian kami yang sangat padat dengan aktiviti telah pun berakhir, meninggalkan kenangan indah dan pengalaman baru dalam diri masing-masing. Sepanjang percutian, kami bukan sahaja menjalin kembali ukhuwwah yang telah terputus belasan tahun, malah kami membina ukhuwwah baru dengan ahli rombongan yang baru pertama kali bersua muka. Aku, Maria, Neny dan Shila masing-masing baru mengenali Tiqah sementara Maria dan Nurul pula bertambah kenalan dengan mengenali Shila. Semoga perkenalan kita tidak berakhir di sini.
Pak Yas yang memandu minibus membawa kami ke butik menjual barangan kraf tangan khusus Padang, telekung, kain sulam, t-shirt, kain batik dan pelekat dan sebagainya. Kawan-kawan aku mahu beli fridge magnet sebagai buah tangan untuk di bawa pulang. Aku hanya beli selipar bermotifkan Jam Gadang Bukit Tinggi buat kakak aku, buah tangan kerana sudi menghantar aku ke komuter sewaktu mahu ke LCCT tempoh hari. Sedang aku bantu Maria memilih-milih telekung, pekerja-pekerja butik nampaknya sudah mula mengemas barang-barang untuk menamatkan perniagaan hari ini. Aku kerling jam tangan, baru pukul 7.30. Kata Pak Phili butik ini akan tutup jam 10 malam. Tapi nampaknya mungkin jam 8 mereka mahu tutup kedai. Lalu gegas-gegas kami membuat pilihan dan membayar harga barangan yang kami beli.
Selesai membeli souvenir, kami lanjutkan acara beli-belah ke kedai Kripik Balado Shirley, juga kedai yang aku pergi May lalu. Mahu beli jajan untuk orang kampung, dan kek Ambon untuk orang yang dihormati. Waktu ini perut aku dah berkeroncong dan memang sudah gastrik. Di pulau tadi aku hanya sedikit sahaja nasi goreng aku jamah, jadi waktu-waktu begini haruslah sudah berkeroncong perut. Aku naik dulu ke minibus, menemani Tiqah yang memang tidak turun langsung sejak di butik Silungkang tadi. Kedai ini ada menjual pelbagai jenis kerepek, tapi yang popularnya adalah kerepek ubi berlada atau kalau di sini kita biasa panggil kerepek ubi pedas. Rupanya pun seakan-akan sama saja dengan kerepek ubi pedas. Selain itu ada juga dijual kerepek seperti tempeyek, kerepek pisang yang pelbagai perisa, kerepek tepung, pisang salai, pia, dodol dan bermacam-macam lagi jajan yang aku sendiri tak tahu apa namanya. May yang lepas semasa datang ke sini aku telah melakukan proses penyahtinjaan di sini, mungkin betullah kata orang kalau kita meninggalkan sisa-sisa tinja di suatu tempat, kemungkinan besar kita akan kembali lagi ke tempat itu.
Butik Silungkang. [sumber]
Kedai Kripik Balado Shirley. [sumber]
Pisang kapit, gambar ini aku ambil semasa ke Padang May lepas.
Mula-mula ingatkan aku saja yang terliur dengan pisang kapit ni. Lepas kawan-kawan aku pekena trial kit, terus tapau sorang satu. So memang tak diragukan lagi lah keenakannya. Sampai sekarang terngiang-ngiang kelazatannya. Kami makan pisang kapit dalam minibus buat alas perut, sementara dalam perjalanan ke Bakso Lapangan Tembak. Sebenarnya Bakso Lapangan Tembak ini popularnya di Jakarta, di Padang ini kiranya cawangannya lah. Pak Phili tak mahu makan malam di sini sebab dia mahu makan yang berat-berat. Lapar katanya. Di Bakso Lapangan Tembak ini ada jugalah menu nasi, tetapi dihidangkan dengan set ayam penyet atau ikan goreng sahaja, bersama ulam-ulaman seperti timun dan salad yang dilengkapi dengan sambal. Banyak menu yang telah habis sebenarnya sewaktu kami sampai sebab hari sudah jauh malam, jam 9 kira-kira. Jadi kami makan saja apa yang ada. Macam aku memang kena order nasi sebab perut dah gastrik bagai jadi janganlah cari penyakit untuk tambahkan lagi kesengsaraan sepanjang malam nanti. Neny, Shila, Nurul, Mai dan Maria order bakso. Tiqah pula pelik sikit menunya, dia order omelette. Western la sangat tapi makan waktu malam. Kami bayar Rp 300000 untuk makan malam kami, iaitu kira-kira RM 90.
Selesai mengisi perut, kami berangkat ke hotel untuk berehat. Hari sudah jauh malam dan mata pun memang sudah mengantuk bila perut sudah kenyang. Pak Phili sudah siap menunggu di luar kedai. Kami teruskan lagi perjalanan yang masih berbaki, menghala ke Hotel Sriwijaya. Hotel ini punya lanskap yang cantik, seperti dalam taman. Walaupun hanya 2 bintang, fasilitasnya memang sangat memuaskan hati. Biliknya kemas dan selesa. Bilik-bilik kami di tingkat 2, jadi dapat bayangkanlah macam mana kami mendaki anak-anak tangga dalam keadaan kaki yang sakit dan lutut yang longgar. Mujurlah beg-beg diangkut oleh pekerja hotel. Masing-masing sudah seperti OKU memanjat anak tangga. Tak hiraukan langsung pekerja-pekerja hotel yang pelik melihat kami. Penginapan di Hotel Sriwijaya hanya 1 malam, menelan belanja sebanyak Rp 350000 per bilik (Double room dengan 2 katil single). Maklumat lanjut tentang Hotel Sriwijaya Padang boleh ketik sini.
Sampai di bilik, aku terus menghumbankan badan ke katil. Nikmatnya rasa dapat merehatkan badan sebegitu. Aku sebilik dengan Maria, Neny dengan Shila manakala Mai, Nurul dan Tiqah bertiga dengan extra bed, sama seperti aturan di guesthouse Pak Subandi di Kerinci tempoh hari. Aku biarkan Maria membersihkan diri terlebih dahulu sementara aku mahu melelapkan mata barang sepicing dua. Aku hanya terjaga bila jam sudah pukul 1 pagi. Cepat-cepat aku mandi dan bersolat jamak taakhir Maghrib dan Isya', dan terus menyambung tidur. Esok jam 6 pagi kami perlu siap berada di lobi.
22 Oktober 2013
Pagi-pagi lagi jam 4.30 Maria sudah bangun untuk bersolat Subuh dan bersiap-siap. Aku biarkan Maria mengemas begnya dulu, sementara aku bermalas-malasan di atas katil. Jam 5 baru aku menyelak selimut dan malas-malas menuju ke bilik air. Usai solat Subuh pun aku masih berlambat-lambat untuk mandi dan bersiap-siap, ditambah pula dengan kesakitan di kaki, melambatkan setiap pergerakan aku. Sudahnya, jam 6.10 pagi baru aku terkocoh-kocoh membawa beg keluar dari bilik. Kasihan Maria yang menunggu aku, dia juga terkena tempias keterlambatan aku. Kawan-kawan aku yang lain sudah turun terlebih dahulu untuk bersarapan. Rupa-rupanya hujan sedang turun dengan lebatnya tanpa belas kasihan. Pak Phili pun sudah berada di lobi. Aku masih ingat kata Pak Phili, kalau ada disediakan sarapan, bolehlah makan terlebih dahulu. Aku dan Maria orang terakhir menghabiskan sarapan. Pak Phili pula nampak macam tak puas hati sebab aku lambat. Biarlah. Aku malas nak fikir sebab kaki aku sakit. Haha.
Dalam hujan yang sedang menggila turun, kami meredah jalan raya untuk ke Bandara Minangkabau. Sebenarnya Pak Phili merencanakan untuk bertolak dari hotel jam 6 pagi untuk mengelak kesesakan jalan, jadi kami akan sampai di Bandara jam 6.30 pagi. Tapi hari ini jam 6.30 pagi baru kami bertolak ke bandara, jadi kami telah terlewat setengah jam. Tambahan pula hujan yang menggila seperti ini, Pak Phili kuatir akan berlaku banjir di jalan raya. Kalau banjir alamatnya memang kami semua terkandas dan terlepas flight. Flight kami jam 8.30 pagi. Tapi Alhamdulillah, rupa-rupanya kawasan sekitar hotel sahaja yang hujan lebat. Lepas 5 minit perjalanan, hujan sudah reda. Jalan pun tidak sesak tapi kenderaan sudah banyak di jalan raya. Jam 7 pagi kami sampai di Bandara Minangkabau. Nurul, Tiqah dan Mai masih belum check-in, jadi kami gegas-gegas ke kaunter check-in, tak sempat berlama-lama berucap selamat tinggal dengan Pak Phili. Kami masing-masing tidak ada yang check-in beg, semua beg dibawa ke kabin. Selesai urusan timbang beg, kami terus naik ke tingkat atas. Di sini barulah perlu membayar airport tax sebanyak Rp100000. Di tingkat atas lebih banyak kedai kecil-kecil yang menjual barangan cenderahati, t-shirt, kain pelekat dan sebagainya dan kedai kerepek. Sementara menanti waktu perlepasan, kami melewati kedai-kedai yang ada. Jam 7.45 kami mendengar announcement menyuruh penumpang-penumpang tujuan KL untuk boarding segera. Kami tidak sangka announcement menyuruh boarding tu rupa-rupanya memang suruh terus menaiki pesawat. Percaya atau tidak, jam 8.10 pagi pesawat sudah berada di atas awan, sedangkan kalau ikutkan waktu di boarding pass, jam 8.10 pagi gate baru dibuka. Ini pertama kali dalam hidup aku menaiki pesawat yang terawal daripada yang dijadualkan, selalunya kalau tidak on time mesti akan delay. Tapi tidak adillah pihak Air Asia Indonesia buat macam ni, bayangkan orang yang memang on time, yang sampai di airport jam 8.00 pagi. Pastilah tak sempat menaiki pesawat sebab perlu melalui pemeriksaan beg dan imigresen terlebih dahulu, sedangkan kalau ikut masa yang dijadualkan, sepatutnya sempat menaiki pesawat. Aku lihat memang ada tempat duduk yang masih kosong dalam pesawat, dan memang ada petugas kabin yang mengira bilangan penumpang terlebih dahulu sebelum pesawat take-off. Jadi bila berlaku keadaan macam ni, aku terfikir, mereka memang hanya sekadar kira untuk memenuhi prosedur kah? Atau mereka memang periksa jumlah penumpang dalam pesawat betul-betul sama dengan bilangan orang yang check-in. Ini tidak adil...tidak adil...tidaaakk adil..Sepatutnya mereka yang tak sempat naik flight tu boleh dapat balik duit tiket, sebab bukan salah penumpang yang lambat, tapi flight yang awal.
Disebabkan waktu keberangkatan pesawat yang awal 20 minit, jadi kami pun sampai di LCCT 20 minit awal daripada yang dijadualkan, iaitu kira-kira jam 10.20 pagi. Syukur kami semua selamat tiba ke tanah air, tetapi dalam masa yang sama rasa sayu sebab percutian kami yang sangat padat dengan aktiviti telah pun berakhir, meninggalkan kenangan indah dan pengalaman baru dalam diri masing-masing. Sepanjang percutian, kami bukan sahaja menjalin kembali ukhuwwah yang telah terputus belasan tahun, malah kami membina ukhuwwah baru dengan ahli rombongan yang baru pertama kali bersua muka. Aku, Maria, Neny dan Shila masing-masing baru mengenali Tiqah sementara Maria dan Nurul pula bertambah kenalan dengan mengenali Shila. Semoga perkenalan kita tidak berakhir di sini.
No comments:
Post a Comment