Wednesday, October 24, 2012

Bandung - Jakarta Part 1 : Introduksi


Alhamdulillah, setelah berbagai halangan ditempuh akhirnya misi ke tanah Bandung dan Jakarta yang telah dirancang sejak March lalu selamat direalisasi walaupun ahli rombongan cik kiah yang pergi cuma separuh daripada jumlah asal semasa awal perancangan. Pesawat Air Asia ke Bandung dijadualkan pada tanggal 17 October 2012, jam 6.25pm waktu Malaysia, namun segala persiapan - hotels booking, Bandung-Jakarta bus booking - hanya bermula awal October, sedikit rushing sebenarnya, kerana menantikan confirmation daripada semua ahli rombongan sama ada jadi pergi atau tak. Mujur tidak sukar untuk book hotel sebab travel period bukan pada masa cuti sekolah atau masa cuti am, so kebanyakan hotel masih available untuk dihuni.

Sebenarnya hati ni berbolak balik juga sama ada mahu meneruskan misi ataupun tidak, memandangkan separuh daripada ahli rombongan tidak dapat pergi, menjadikan jumlah ahli rombongan cuma 2 orang. Tambahan pula bulan ni sangatlah sengkek sebab bayar deposit sewa bilik, disamping tiada cuti tahunan sebab baru memulakan pekerjaan di syarikat baru, so hanya boleh apply unpaid leave. Namun setelah memikirkan peluang yang ada dihadapan mata, dan rasa rugi kalau tak merealisasikan apa yang telah dirancang, segala kerisauan dan rasa tak sedap ahti berjaya ditepis, dan segala-galanya diserahkan pada Yang Kuasa, biarlah Dia yang mengemudi perjalanan ini, baik buruknya memang sudah sedia untuk ditempuh. Syukur sekali lagi kerana segala-galanya berjalan lancar, walaupun ada juga dugaan yang datang menimpa sepanjang perjalanan, namun Dia sentiasa memberikan jalan dan memudahkan permusafiran di Tanah Jawa yang penuh cerita ini.

Sebetulnya, perancangan awal cuma ke Jakarta, untuk menghadiri majlis resepsi seorang teman di Jakarta pada tanggal 20 October 2012. Beliau adalah bekas teman sepejabat, hingga kini masih saling menghubungi. Boleh dikatakan hubungan yang akrab antara kami. Namun demikian, tiada tiket promosi Air Asia KL-Jakarta pada tarikh tersebut mahupun tarikh-tarikh sekitarnya. Alternatifnya, kami memilih untuk ke Bandung terlebih dahulu, kemudian ke Jakarta melalui darat, dan berangkat pulang ke Malaysia dari Jakarta. Nah, alternatif ini memihak kami kerana masih ada tiket promosi KL-Bandung pada tanggal 17 October 2012, dan lebih menguntungkan apabila tiket Jakarta-KL juga ada promosi.

   Travel Itinerary (KL - Bandung)

Travel Itinerary (Jakarta - KL)

Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa agaknya harga tiket promosi yang dicanang-canang tu. Murah bangat ke? Di bawah ni adalah senarai harga tiket :
            
Ticket Price (KL - Bandung) for 4 person + 15kg Baggage (1 person = 122.50 MYR)
                         
Ticket Price (Jakarta - KL) for 4 person + 20kg Baggage (1 person = 221250 IDR = 70.20 MYR)

Kesimpulannya, grand total untuk flight ticket adalah 192.70 MYR per person. Murah la tu..Ada yang dapat lagi murah, depends on travel period yang dipilih, tambah-tambah semasa zero-fair ticket. Lagilah berbaloi-baloi. Tiket Jakarta-KL boleh dibayar dengan MYR, atau lain-lain currency selain IDR, boleh pilih semasa membuat pembayaran secara direct debit atau kredit kad.

Perjalanan KL-Bandung dan Jakarta-KL masing-masing memakan masa 2jam, kalau cuaca bagus dan tiada aral yang melintang, seperti kerosakan ternikal atau sebagainya. Jika tiada trafik jem di airport (kadang-kadang pesawat perlu menunggu giliran untuk berlepas, sekitar 10-20 minit) penerbangan hanya memakan masa tidak sampai 2 jam, tambah-tambah pula kalau pilot merempit di atas awan gemawan tu, 1jam 30minit sahaja masa yang diambil untuk sampai ke destinasi.

Di Bandung, Rumah Ebo Family Guesthouse menjadi pilihan penginapan setelah mengambil kira lokasi, harga, fasilitas dan review tentang Rumah Ebo. (Maklumat lanjut berkenaan Rumah Ebo sila ketik sini dan sini). Lokasinya di Jalan Imam Bonjol, rumah no 27, hanya kira-kira 250meter dari Jalan Dago Factory Outlets, masih boleh berjalan kaki untuk sana. Sebenarnya Jalan Imam Bonjol adalah sub-road kepada Jalan Dago. Dari Jalan Dago akan masuk ke persimpangan jalan utama (Jalan Teuku Umar), dari jalan utama barulah masuk ke persimpangan Jalan Imam Bonjol, yang merupakan jalan kecil 1 lorong seperti di kawasan perumahan (jika boleh dipanggil kawasan perumahan).

Map to Rumah Ebo Family Guesthouse

Kamar single hanya sekitar 5X10 kaki persegi, memuatkan 1 katil single dan 1 almari rendah/rak/kabinet (bergantung pada bilik), masih punya ruang kecil untuk solat di sisi katil. Kamar mandi di luar, tak jauh pun dari kamar tidur, betul-betul bersententangan dalam jarak kurang lebih 10meter. Secara peribadi, untuk kamar single, Rumah Ebo boleh dikatakan selesa, walaupun kamar mandinya agak tidak hygenic, tapi masih boleh diterima untuk penginapan singkat sekitar 2-3hari. Kamar-kamar lain seperti kamar double atau family mungkin lebih selesa dan kamar mandinya lebih terjaga dan hygenic, kerana kamar mandinya terletak di dalam kamar tidur. Kami menginap di sini selama 2 malam, yang menelan biaya sebanyak 227700 IDR (72.07 MYR) sahaja untuk 1 single room termasuk sarapan pagi.

 Single Room

 Sekitar Rumah Ebo

 Manakala di Jakarta, kami memilih Rumah Shinta sebagai tempat penginapan selama 4 malam. Keterangan lanjut mengenai Rumah Shinta boleh ketik sini dan sini. Rumah Shinta terletak di Jalan Mangga 2 Raya, Jakarta Utara, hanya kurang lebih 100meter dari Pasar Pagi Mangga 2 dan ITC Mangga 2, masih boleh berjalan kaki ke sana. Ia juga hampir dengan Stasiun Jakartakota, iaitu berjarak kurang lebih 250meter dan masih dalam walking distance. Namun hotel ini agak jauh dengan Pasar Baru dan Tanah Abang, kerana kedua-dua gedung ini terletak di Jakarta Pusat/Senen. Secara peribadi, Rumah Shinta sangat selesa sebagai bajet hotel dari segi fasilitas, lokasi dan harga, malah hampir setaraf dengan hotel 4 bintang.


Single Room - bathroom inside

No comments:

Post a Comment